Wednesday, December 30, 2015

Menunggu Detik Bahagia

Assalamualaikum.

Hari ni 30/12/2015. Laa baby.. baby nak keluar tahun depan ke?? Diam tak diam, tinggal 6hari lagi due date aku. Macam-macam rasa. ada yang due date sama dengan aku dah selamat melahirkan. Takde apa yang aku mintak. Aku berdoa supaya baby sihat n aku selamat melahirkan.

Perasaan tu aku memang akui. 1st baby kan. tak tahu nak gambarkan. bila dah start rasa sakit tu. tgk perut pon dah kebawah, rasa takut mula menghantui diri. Berharap semoga dipermudahkan.

Tak sabar nak peluk n cium si kekasih hati. yang sentiasa menemani mama dia dlm perut. kalau mama dia ada masalah, sedih ke menangis, ketawa, gembira, dia lah yang paham. kadang2 merajuk sampai menangis. hahahahhaa.

aku pasti akan merindui saat2 dari awal aku ketahui tentang kandungan ku sehinggalah lahirnya kesayangan ku.

jeng jeng jeng. In ShaAllah. akhir tahun ke awal tahun bukan masalah bagi aku. yang penting baby sihat & semua dipermudahkan.

Aminn Ya Rabbal 'Alamin..

Sunday, November 29, 2015

BERCUTI DI PD ~ BABYMOON

Assalamualaikum.

Hari ni tak boleh buat kerja rasanya. sebab teringat bestnya ber'Babymoon di Port Dickson Jumaat lepas (27/11/2015) - Ahad (29/11/2015). Bukanlah jauh sangat pon. tak mampu hakak nak jalan jauh-jauh lagi. Cukuplah pergi  ke PD je. Sekadar nak berduaan dengan suami tercinta sebelum menunggu kehadiran si kecil dalam perut ni. Kononnya la tu.

Hari Pertama 

kitorang check in di Langit Langi Hotel Port Dickson. Hotel nice. Bilik nice. Boleh jadi Hotel 3* pilihan jugak ni. Ada swimming pool. Tapi rasanya tak selesa la nak mandi kat situ sebabnya kecik je. untuk kanak-kanak ok la. Lokasi pon ok. Dekat nak ke bandar PD & dekat dengan pantai.

Aktiviti Hari pertama takde apa-apa. checkin pon dah petang. Ronda-ronda tengok tempat je. cari mana tempat menarik. lepas tu search tempat makan menarik kat PD ni. Kitorang jumpa COWBOY PLACE NASI AYAM KUKUS. Ayam dia terbaik. mmg sedap.

Mak buyong tak larat sangat sebenanrnya. So, balik hotel untuk siap-siap nak solat Maghrib. last-last tertidur. Konon malam 1st day tu nak jalan pasar malam. Suami cakap pasar malam dia besar. tak larat la hakak.

Hari Kedua

Berjalan di PD OSTRICH & PETS SHOW FARM. Untuk dewasa seorang masuk RM15. Konsep dekat sini lebih kurang macam FARM IN THE CITY di Seri Kembangan. Tapi kat sini tak banyak sangat la haiwan yang dia ada. Zoo yang bertemakan haiwan yang mesra tetamu (ceh begitu). hi3




Bukan main suka jumpa kambing. Hi3. Kambing kecil boleh lepas keluar pagar. Yang besar & ganas duduk dalam pagar je. 









Ada sekor ostrich yang dilepaskan. sebab yang ni paling baik. Katanya tak pernah buat hal. 


Ada lagi haiwan lain. Unta, donkey, arnab, ular, iguana, kuda padi & arnab, Dia ada jugak taman anjing. hi3. yang ni mmg tak la kitorang masuk. sebab anjing tu dilepaskan. hakak dengan suami intai2 je. memang anjing jenis yang comel2 kecik tu. boleh pegang (bg yang non muslim).

Pusing nak pergi rumah terbalik. Alahai. beratur orang nak masuk dalam tu. hakak sebenarnya tak pergi rumah terbalik ni pon takpe. sebab tak berapa minat. Jalan tengok-tengok amik gambar lepas tu keluar. So, hakak cakap dengan suami kita tak payah pergi, then cari tempat makan je. dah tengahari pon ni. baby suri da kicking mintak makan.hi3.

Sebenarnya tak tahu nak menghala ke mana. kitorang main jalan je. last2 jumpa signboard MEDAN IKAN BAKAR TELOK PASIR PANJANG. kitorang follow je signboard tu n berpandukan WAZE jugak la. jumpa pon. Tak banyak kedai makan. masa kitorang pergi, ada 3 kedai je yang bukak. tak sabar nak makan ikan bakar. Kenyang perut. mana taknya, makan bertambah nasi sampai 2pinggan. hi3.

Selesai makan. suami ajak jalan ke TELUK KEMANG. Katanya kita g tepi laut situ. ada makan-makna. cendol ke apa??

Ada 1 gerai Cendol besar dekat sini. memang tu je la kedai yang hakak nampak. hakak amik cendol aiskrim, lpstu suami amik cendol pulut. sedap wokkk. terbaik la. not to sweet. just nice. sedap. hi3

Hari Ketiga

Last day di PD.



Lepas checkout. duduk-duduk dlu amik gambar.
TQ suami tersayang. Tak sangka nak awak melayan saya sebelum saya melahirkan baby suri. Walaupon dekat dan hanya percutian biasa-biasa, tapi percutian ni sangat menggembirakan saya =)

Sebelum balik, jom kita pergi ke AIVE 3D ART GALLERY.














hokey babai. Doakan hakak dipermudahkan semuanya. lps ni no more jalan-jalan luar negeri. hi3

Friday, November 13, 2015

Penantian Menunggu Kelahiranmu ~ Part 1

Alhamdulillah. hari ni genablah 32w3d usia kandunganku. Diam tak diam sampai jugak ke usia melebihi 30w. Aku berdoa semoga semuanya selamat. Bayi yang ku kandung ini sihat bersamaku. Aku menggelar bayi dalam kandungan ini sebagai baby Suri. Semalam aku dan suami ke Klinik An-Nisa Bandar Putra Permai. Tak jadi masalah nak ke situ sebab dekat sangat dgn area ofis. pergi balik kerja memang akan lalu klinik ni. huhuuuu. baca review scan 3d/4d kat klinik ni cantik. Mesin yang digunakan agak canggih. So, aku dengan suami plan nak try kat situ pulak. Before ni masa 29w ada jugak buat scan 3d di klinik lain. mmg dah nampak dah muka baby Suri. Apa yang aku nampak, memang sebijik rupa papa dia. ngeeee..

Tapi semalam aku excited nak buat 3D di klinik An-Nisa. Tgk mmg cantik sangat gambar dia. Nampak jelas. Aku call dlu, then, set appointment. sebab aku nak tahu jugak, doc yang scan tu lelaki ke perempuan. Dia ada doc lelaki yang scan. Kalau tak silap ada hari & waktu kalau nak doc perempuan scan.Waktu yang dinantikan pon tiba. memang tak zabar nokkkk..

Berbalik kepada cerita utama. Masa sampai klinik takde org pon. so, aku daftar, nama terus kne panggil. Masuk ke bilik scan. Doc yang scan tu ok. baik je. mula2 scan 2d. nak tgk details saiz & berat baby. doc bagitahu saiz & berat normal (32w=1.6kg). Lepas tu baru la doc scan 3D/4D.

Seronoknya. memang jelas. tapi untuk keadaan aku ni ada masalah sikit. sebab kandungan aku da masuk 32w. muka baby da betul-betul dekat dinding rahim. Tapi doc ni ok. dia cuba & cuba untuk dapat kan angle yang terbaik.

 Gambar 1

 Gambar 2

Gambar 3

Jelas kan? Tapi kalau korang dtg scan, dlm usia kandungan 26w-30w mesti gambar lagi cantik. sebab baby Suri da besar dah ni. Lagipon muka dia dekat sangat dengan dinding rahim.

Masa doc scan gambar ni, doc ketawa tengok muka baby Suri. katanya "baby u tembam sangat tau. u tgk ni, dlm perut da nampak double chin. hi3" . Aku pon ketawa tengok. memang macam pau pipi baby Suri.

Tapi apa yang pasti muka baby Suri memang serupa dengan papa dia (maybe sebab aku selalu sakit hati dengan perangai papa dia sepanjang pregnant. annoying much) hahahhahah.. Gambar yang kedua tu, kalau nak tahu apa kat bawah dagu baby Suri, Tu lah kaki dia. Dia bersilat dalam perut mama dia. Perut aku ni da la kecik. kalau dia bersilat memang aku menangis. Rasa nak koyak perut tau. Tapi, aku tak pernah la nak rasa beban or tak suka. Tu semua nikmat. 

Almost 1year aku tunggu zuriat ni. Walaupon morning sickness tu buat kau rasa tak selesa, malam tak boleh tido dengan nyenyak lagi-lagi bila kandungan dah besar(nanti sakit-sakit badan. Especially bahagian abdomen belakang), bila dia menendang boleh buat kau rasa macam nak termuntah. Tapi semua tu, aku memang akan ingat sampai bila-bila. Aku anggap tu semua kenangan terindah bagi seorang bakal ibu. Aku berharap jugak aku akan dapat merasanya lagi selepas ni. rezeki untuk anak kedua & seterusnya. aminnnnn...

Last skali aku nak share Video dari scan 4D semalam. Bukan main lagi dengan kaki kat dagu dia. hi3.




Thursday, October 8, 2015

Persiapan Menyambut Orang Baru - Part 2

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. segala puji bg Allah. Hari ni kandungan dah masuk 27weeks. so tinggal dlm 12weeks lg sebelum baby deliver. Ya Allah semoga semua di permudahkan.

So, persiapan pon dah 70% siap. Dalam keadaan macam ni, macam-macam yg saya kurg nampak. Terutama mana barang yg penting dan mana barang yg tak penting. Kadang-kadang kita rasa barang tu perlu, tapi saya lebih suka baca review dr blog-blog or mana-mana sumber mcm FB untuk tahu brg tu perlu ke tak. So, saya amik langkah-langkah berjaga just beli barang-barang basic & mana-mana barang yg kita tahu. 

Rupanya susah jugak bila nak beli-beli barang ni. Lagi-lagi bila anak 1st. Nasib baik ada mak saya yg tlg suggestkan kene beli apa, baju yang mcmne dan brg2 baby mcm bedung, barut, mitten & booties dan macam-macam lagi.

Saya pon banyak beli barang masa ekspo. Grab peluang yang ada tu. kene gagah sikit lah. hi3. Ada orang cakap jgn beli barang awal-awal. Macam-macam sebab. rasanya ramai kot yg dah tahu apa sebabnya. Tu orang tua-tua la cakap. Saya bkn jenis yg suka nak perlekehkan apa yg orang tua cakap. kita dengar dan fikir apa sebenarnya maksud dan larangan mereka tu. Orang tua kan, lebih lama pengalaman mereka tu. Tapi saya hanya bertawakal dan mendoakan segalanya baik & selamat. Kita fikir yang positif dan selagi tak berlebih lebihan rasanya bagi saya tak menjadi masalah. 

Pengalaman saya sendiri, saya start beli barang masa kandungan dah nak masuk 5Bulan. Sebelum tu pon mmg dah ada booking apa yang penting bg saya cthnya stroller. Sebab saya dan suami kene susun budget tu beul-betul. saya mmg ada google list barang yang perlu. Tu pon hanya guide sahaja. ada yg tak berapa penting tu saya tak beli. Bila kandungan masuk je 5bulan saya dah start beli barang-barang besar. masa tu saya ingat lg saya pergi ke ekspo TCE di Shah alam. Dalam masa yg sama ekspo Moms & Baby pon ada buat di shah alam jugak. Hari jumaat, lps balik kerja, saya dan suami terus ke sana. Masuk jer entrance saya dengan suami macam ni "krik krik krik". hahahahaa.. sebabnya blur tak tahu nak buat apa. Ok tak tahu nak pusing mana. rasanya semua booth penuh. lps tu mcm tanya dengan suami," eh org beli tu, kita kene beli ke? org tu beli ni, kita kene beli jugak kew? ". seriously mmg trus tak tahu nak beli apa. Apa yang kitorang  buat lps tu, kitorang bersila kat tepi, then keluarkan pen & kertas. ok, list kan satu2 barang yg kita rasa kene beli dlu. takut beli kemudian duit tak cukup pulak.

See. nampak dah. mmg penting list tu. lps dah ada list tu, kitorang pusing ekspo tu unt survey & tick mana barang yang ada & mana barang yg kne beli tapi takde dlm list. masa jumaat tu ok la nokkk.. sebabnya tak ramai org sgt. masih boleh pegang-pegang & tengok-tengok lagi. tapi silapnya kitorang masa tu, kitorg just survey tapi tak beli. suami ckp beli hari ahad nnt. maklumlah, kami nak smbut 1st baby, so bengap-bengap la sikit. tak tahu macamne rupa sebenar bila ekspo baby ni.

Ahad kemudian,

Tadaaaaa... nak sangat pergi hari ahad. hamek kaw. dush2. org macam semut. tak boleh gerak. paling saya pantang bila pergi ekspo yg jalan sempit tu, ibarat kaki badak pon tak muat nak masuk boleh pulak parents bawak stroller. please la. paham la sikit keadaan mcmne. kalau jalan macam tu pon smpi stuck, takkan kau boleh nak bawak stroller lagi. masa saya pergi hari ahad tu, ada ibu mngandung ni tumbang. rasanya kuat jugak hentakan tu sbb org terlalu crowded. kesian. saya harap ibu dan anak tu selamat. 

Saya dan suami meneruskan misi yang ada. kitorg dah tahu mana kedai yang kitorang nak pergi. sbb kitorg dah survey mana yang tawarkan harga yg paling mencarut la. hahahahhaa. Antara barang 1st yang kitorg dah beli masa ekspo tu:

-Set Tilam. 

Memang semua tahu kan. tilam ni mmg sejuk. Saya harap baby ok nnt. harga masa ekspo ni murah sebab beli dr supplier terus (RM19x)



-Besin mandi 

Sorry gambar takde. sebab yang jual ni pon dia tak comersial kan  lagi produk dia. tapi mmg nampak ok. so, aku n suami pon beli (RM15x) Biasanya setiap kali ekspo dia mmg ada join. sape2 berminat cari je dia kat ekspo.Kalau korg tgk besin yang boleh lipat-lipat siap dgn tempat letak baby tu , tu la dia. hi3

-Botol susu new born

Saya minat dgn design botol Tomme Tippe. saja try je. tu pon tak beli yang starter set. sbb banyak & mahal sangat. Biasa baca dlm blog orang & saya ada tanya sendiri kat semua ibu-ibu, dorang ckp biasanya botol ni kne cuba. sbb takut baby tak suka. so, saya pon beli 2botol new born. Ala cumil-cumil. kecik je.. hi3 (RM2x) after less

-Car Seat

Yang ni dah pernah cerita sebelum ni. barang pon kitorg dah dapat. Kitorang kene collect sndiri di petaling. sebab dorg tak bawak bnyk masa ekspo. Recaro performance. suit from NB-12y (RM15xx)



+ free gift (Okiedog kids bag)
Yang lain-lain tu ada la saya beli barang-barang runcit macam ropers yang 5pcs RM20. Tapi masa yang 1st ni kitorang tak borong semua. sbb nak survey lg apa yang penting. 

hi3. k bye. Sambung next part pulak.


Thursday, August 27, 2015

Persiapan Menyambut Orang Baru - Part 1 (Stroller, Baby Car Seat & Barang-barang Basic)

Alhamdulillah. Hari ni genab la 21w 3d usia kandungan aku. Memang aku tak publish sgt. terutama di FB dan IG. Buat masa ni aku blm pernah announce kan lg. Maybe org boleh tangkap hint-hint sebab member2 yang comment. kat gambar ke apa kan. "Baby Bump"?? Badan kita mmg la tak nampak. da 5bln, tapi mmg tak nampak. kalau jalan tu org tgk macam biasa je. kalau naik train, org msti tak kasi ddk. huhuuuu..

Dari kandungan 2bln lebih. Aku dan suami mmg da start survey2. ye la. nak susun bajet. anak 1st. mana kita tahu berapa RM yg kita nak pakai. Benda yang pertama aku dan suami cari stroller & carseat. Mmg dah survey lama. Suami berminat betul dengan carseat Recaro. Tapi dia punya stroller kat Malaysia ni tak bnyk. ada satu je. aku tak berminat. Recaro Stroller EasyLife. Mcmni

 Stroller Recaro EasyLife. Sorry la. tak berminat dgn design dia. Tapi mmg nampak kukuh.




Recaro hanya ada 1 je yg boleh pakai dr newborn. yang ni boleh pakai dari NewBorn sampai la 12thn. Tapi tgk jugak tinggi & besar budak tu mcmne. Dia punya Spec mmg yg terbaik dr semua brand baby carseat yg ada. (beli masa ekspo Moms & Baby. harga asal RM19xx . promotion RM15xx)

Untuk stroller aku dan suami minat sgt dengan Quinny Moodd Britto. Alahai idaman tu. Kitorg beli dengan trusted seller di IG. sbb cousin suami pnh beli stroller dgn carseat di IG ni. boleh tgk IG: STROLLERBABYMURAH.

Nama pon stroller baby murah kan. mmg murah. tapi Quinny Mood Britto takde masuk malaysia dah skrg ni. sedih kan. mmg idaman tu. haish. gigit jari je la. boleh pulak smalam jalan-jalan alamanda ada Parents muda ni dgn bangganya tolak si Britto ni. aku dgn suami panas je tgk. sbb kitorg tak dpt !!!!!


Quinny Moodd Britto idaman hati.

Takpe lah. asalkan dapat jugak nak beli Quinny Moodd. aku beli kat kakak IG: STROLLERBABYMURAH ni Quinny Moodd Black Irony je. Baru Booking. tak zabar nak g collect kat kakak tu. En suami pon dah sibuk tny bila brg nak dpt. Kata Seller tu In ShaAllah dlm nextweek brg dah boleh collect. Macamnilah rupanya.

Nampak macam susah nak jaga. sebabnya ada color putih. takut cepat kotor & senang nampak calar. Tapi memang dah berkenan dgn color ni. Pnh tgk kat Momours. mmg cantik.



So sekarang ni, tak sabar nak collect Stroller & carseat. Semoga semuanya dipermudahkan.

K bye. Next part kita sambung lagi !!

Aku, Ovarian Cyst dan Kehamilan

Ovarian cyst?? apa tu? bunyi macam seram je kan. Yes.. memang seram. Seram kalau tak tahu apa-apa pasal ovarian cyst ni. Saya adalah salah seorang pesakit ovarian cyst yg dah lama & tak hilang & sekarang ni tak tahu apa cerita dekat cyst tu. Lagi-lagi dengan keadaan saya yang tengah pregnant skrg.


Bila saya tahu ada Ovarian Cyst & apa tandanya?

Hokey, 1st saya nak pesan. ini pengalaman. saya bukan doktor bkn bidan. apa yg saya kongsikan ni adalah pengalaman saya. Macmne saya trace n apa yg saya buat. just nak share je. mana tahu ada info berguna.

Saya tahu saya ada cyst ni bertahun dari sebelum saya kahwin. saya berkahwin 06 Jun 2014. dalam tahun 2011 tu saya dah tahu yang saya ada cyst. masa tu scan sbb saya suspect appendiks. skali ada pulak "benda" bulat comel kat ovari. masa tu relax je. sbb baru 2cm mcm tu. tak mengganggu pon. saya pon macam tak tahu. boleh gelak2.

hari makin hari, satu per satu effect dia datang. dlu masa study biasa je period tak teratur ni. kdg2 sebulan tak period. kdg2 smpi 2x sebulan period. kuantiti & hari mmg banyak. biasa saya period mmg akan lebih dr 7hari. pernah lebih dr 14hari. waktu tu study lg. budak2 lg. so doc akan ckp hormon tak stabil. kita pon OK la. ye kan je. hi3.


~Pergi klinik Pakar Sakit Puan~
Saya start kerja tahun 2012. masa tu makin teruk. senggugut. mcm nak pengsan. sampai keluar daging berketul. bkn darah. tapi daging berketul dr Miss V . mahu tak cuak. masa tu terus ke pakar sakit puan di kajang. dia tanya period bila habis mcm2 la doc tny. then baring nak scan. skali baru je letak scan tu kat perut terus nampak benda besar n hitam. makin nak menangis masa tu. rupanya saya ada ovarian cyst yg dah besar. ovari belah kanan dlm 8cm-9cm. doc bg ubat nak kecut kan cyst tu (yg aku pasti tu sebenarnya ubat hormon. sbb saya period tak teratur)Doc bgtahu, if benda tu tak mengecil, kita akan buang dia.

~Berubat Kampung~
Hokey. tak kisah la nampak kolot sikit. kita hanya ikhtiar. Bila nak baik, kita jangan la mempersoalkan & memperlekehkan kaedah lain. better diam dr berkata-kata. Saya ada berubat kampung di Sungai Merab. just ikhtiar je. biasalah. org tu pon ckp, cyst ni takde apa2. kita hanya berdoa semoga dia tak mengganggu apa2. takde kene buat pulut kuning ke apa. just dia bagi air bacaan ayat alquran je. kita yakin & amalkan. berdoa dan bertawakal. Hanya Allah shj yg tahu betapa takutnya masa tu.

~Cari info di Google & cara untuk mengecutkannya~
Macam-macam yg saya dapat dr google. anataranya inalah spesis-spesis cyst ni. rupanya ramai adik beradik cyst ni. antaranya "Ovarian Cyst", "PCOS", "Endometriosis" dll.
Apa yang doc namak dr scan. saya adalah pesakit Ovarian Cyst. dengan keadaan dia di ovari da bulat besar. Boleh google untuk tahu spesis2 cyst yang lain.

Antara cara tradisional untuk mengecutkan cyst ni dengan banyak memakan sayur-sayuran hijau. peria adalah yg terbaik. ada org buat jus peria(baca dlm blog org lain). tapi saya cukuplah dengan makan peria(mintak mak masakkan peria.masak sedap-sedap. taknak rasa pahit dia)

Minum jus delima. yang ni tak dan la nak buat sndiri. beli je kat kedai-kedai pak arab.
untuk sakit dlm perut, baik juga amalkan makan buah "thin" bkn buat kurus ek. nama buah tu buah "thin". biasa jugak ada jual kat kedai pak arab.

Sebanrnya yg paling baik adalah sunnah pemakanan Rasulullah. makan habatussauda(masak nasi pon saya tabur habatussauda)cari vitamin "olive oil"dan makan kurma.

itu antara apa yg saya amalkan. disamping tu saya masih makan lg ubat yg klinik pakar bagi.

~Cyst mengecut tapi tak hilang~
Tahun berganti tahun. alhamdulillah. walau banyak dugaannya. cyst saya mengecut. tu satu perubahan yg baik unt saya. Apa yg saya fikirkan apa yg saya stresskan adalah keadaan saya jjika saya berkahwin. adakah saya boleh menimang cahaya mata?

Selepas saya berkahwin. saya sangat-sangat risau. akhirnya, apa yg saya risaukan itu mnjadi kenyataan. lagi-lagi bila sedara mara dan kawan-kawan yg berkahwin sama tahun, sama bulan bahkan kahwin lewat dr saya dah dapat berita gembira. saya hanya menanti dan datang pelbagai masalah. Ovarian cyst saya pon tak mnghilang. dan menambahkan rasa tak selesa dan sentiasa sakit perut mcm nak senggugut tu. Sentiasa period (kdg boleh jadi 3x period dlm sebulan)

~Jumpa Pakar & amalkan makan jamu~

Sebelum ni ramai doc Pakar O&G yg saya jmp. tapi saya syorkan seorang doc Pakar dr Klinik Pakar Sakit Puan Hospital AnNur (Doc Khamsiah). Dia yang memberi kaunseling kpd saya dan suruh saya belajar mengawal emosi. Sejak saya berjumpa dgn dia saya lebih tenang dan berfikiran positif.

Sebenarnya emosi kita memainkan peranan jugak. So, sesiapa yang ada Ovarian Cyst tlg kawal emosi anda. ia sangat2 memainkan peranan. bersabar & tenang.

Masa tu saya cuba untuk mengandung. mengandung adalah satu-satunya cara unt menghilangkan cyst. Macam-macam ikhtiar. Bln4/2015 saya ada amalkan makan jamu Bio Lady(ada mak long suami jual). bila saya makan benda-benda mcmni, biasanya saya niatkan bkn unt mengandung. saya niat nak sihat (nak cyst hilang,period teratur dan hilang rasa senggugut). alhamdulillah. dengan izin Allah, jamu tu ada menampakkan perubahan postif. saya dah tak kne period yg lama dan kurang rasa senggugut. Period delay 14hari. cek UPT -ve.(sedih. sbb tak pnh delay period smpi 14 hari). lps je cek UPT tu boleh pualak period. hish. buat haru betul. hi3.

masa bln 5/2015 tiba-tiba la menggedik nak try makan jamu zuriat zulaikha & yusof. Saya makan 1botol selepas period saya habis. mcm biasa saya niatkan unt saya sihat. sepatutnya kalau ikut "period tracker" hari ni hari ke3 saya period. malas nak cek upt nnt negetif. buat malu je dgn hubby. mcm bulan lepas, 5 UPT kit saya beli. semua negetif. menangis smpi tak nak pandang muka hubby. maluuu...

~Disah kan hamil~
Alhamdulillah. rupanya 3hari delay period tu mmg aku sebenarnya diberi nikmat untuk mengandung. saya buat UPT diam-diam je. tak nak bgtahu suami. masa beli jamu zulaikha & yusof tu mmg dpt free 2 UPT kit. Tapi mmg betul la org cakap. kita boleh rasa yg kita ni mengandung. hati berat mengatakan yg kita ni pregnant. tapi hati berbisik "takkan mungkinlah. aku sakit, mcmne aku nak ada anak". memang tiada yg mustahil bg Allah. terjadi maka terjadilah. Alhamdulillah. bangun pagi saya terus pergi toilet. diam-diam je. mata pon kuyu2 lg. masa buat tu. laju je 2line naik. menjerit, menangis terduduk saya dlm toilet. menggigil. terus kejut suami. suami tgh tido. dia terus duduk. smbil pandang saya. macam bingung pon ada jugak. dia suruh buat lg skali. naik lg 2 line.

Alhamdulillah. mmg takde perkataan lain yg saya sebut. waktu tu jugak, saya mendoakan semuanya selamat, dan saya mendoakan kawan-kawan saya yg masih blm ada zuriat akan dikurniakan zuriat jugak. aminnnn aminn aminnn

Wednesday, August 26, 2015

Update Cerita Kedai Kopi

Assalamualaikum.
Coretan hari ni takde la apa sangat. Rasanya, dah bersawang dah Blog ni. Kalau rumah la yang ditinggalkan ni, silap-silap dah ada penghuni lain menumpang. hi3

Untuk cerita hari ni takde apa. cuma hakak nak kembali bercoret kat blog ni. In shaAllah. jika semua dipermudahkan ada beberapa kisah yang hakak nak kongsikan bersama.

Sekian

Tuesday, January 20, 2015

Kerna Terpaksa Aku & Braces

Sebenarnya tak terlintas pon & tak teringin pon nak pakai braces ni.sebab dapat bayangkan mcmne ada benda asing kat dlm mulut ni. seksanya. tapi makin lama makin senget pulak gigi kakak ni. ahaiii.pergi jmp dentist, dentist cakap kene tarik balik la kak oiiii....jauh menyenget ni.tambah pulak la ak rasa berdenyut-denyut bila dia menyenget. lebih baik aku pakai braces. berdenyut & menyakitkan tapi mencantikkan. so, terbukak la hati untuk buat braces. aku jumpak dentist masa bulan 10/2014. tapi baru buat bulan 1/2015. sebabnya mmg saja nak tangguhkan tak nak buat braces. doc da bg ubat tahan sakit kan. sampai la da sakit tak tertahan baru la surrender "give up mmg kene pakai jugak braces". tapi kes aku, tak payah cabut gigi. so, aku tak menderita sakit cabut gigi la. yg problem gigi atas je. tp doc suggestkan aku buat jgk yg bawa tu sbb ada la sepah sikit. 2minggu lg nnt aku datang pasang bwah pulak. pon sama tak perlu tanggal gigiiii.. hooorayyy!!! so i tak ngongak la. benda yg semua org kne buat sebelum pakai braces mestilah pakai separator. apa tu separator??

1. Separator

Bermulalah rasa tak selesa, sakit sampai rasa nak migrain. nak makan sedap-sedap pon tak boleh. deria rasa pon hilang sebabnya lidah asyik tunjal mende tu smpai luka. haish.bersabarlah wahai hati. 1 hari je tak selesa. tapi lps dari tu ak menderita lidah luka. so, korang2 jgn ngengada nak tunjal2 bnda tu ek. kalau korg syg lidah korang, persetan kan je separator tu.

Separator ni sebenarnya bertujuan unt menjarakkan gigi korg . so senang la doc nak letak cangkuk besi tu. contoh gambar dari mr google

separator  mmg kecik tapi menyakitkan & tak menyelesakan(boleh rujuk gambar rajah). depends la. kdg2 ada org tu smpi seminggu dua baru ok. ada org tu 2-3 hari je da ok. tp alhamdulillah, walaupon sakit aku masih boleh melantak macam-macam. siap mkn chicken chop la makan spaghetti la. beria2 aku melantak. huhuuu

 

ak paling tak suka menda ni. nama dia "uncle Band". lidah aku makin luka teruk. aku smpi kene ulser dekat dgn tekak. nak telan air liur pon sakit wooo..


So, sekarang ni baru 3 hari braces ni ada dlm mulut ak. 1st color aku pakai color soft
pink..ahaaha.. kalau korang nak tahu mcmne cara-cara nak bersihkan gigi semasa pemakaian braces ni boleh la tgk kat Youtube . kat situ mcm2 cara ada. ada siap tunjuk mcmne braces tu dipasang. rasa seronok sebenarnya pakai braces ni. rasa lebih yakin pulak.gitu kan. bg sesiapa yg berhasrat nak kurus, boleh jugak cuba pakai braces. gerenti kepeng. hahahhahahah. jahanam punya idea la. jgn ikut ek..

Nah belanja muka separuh. Laki kita saja nak tayang gigi dia yg penuh & cantik tu.

 sekian yer :)
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com