Assalamualaikum semua.
Yer?? Mungkin ramai kakak-kakak, adik-adik semua yang baru lepas berkahwin akan mengalami masalah sama dengan aku. "dah ada baby ke belum??" "bila nak ada baby??" tu baru soalan. kene pulak mak nenek yang bg statement "Yang saing-saing kau semua dah mengandung, kau je yang belum ada isi" ok fullstop. ada yang bg idea "kau pergilah berubat kat situ sini bla bla bla..."
Inilah serba sedikit soalan & statement yang org akan keluarkan bermula dari seminggu pernikahan kita. kelakar kan?? baru seminggu org dah tanya pasal "baby". Jenis orang macam aku ni, cepat stress. bila org tanya pasal baby dah sedih. siapa yang taknak baby kan. semua org nak baby. kadang-kadang kuat, tapi kadang-kadang lemah bila orang asyik tanya sana sini.
Ikhtiar? macam-macam ikhtiar. keluar duit, msti la aku dgn suami yang tanggung perbelanjaan. so, apa yang orang lain nak sibuk. tak payah la nak sibuk tanya-tanya. kalau nampak perut aku memboyot, ada la tu. Masa ni lah, kita dengan suami nak holiday sana sini.
kadang-kadang terfikir jugak, sakit sangat ke hati "orang-orang" bila tgk kita takde baby ni. Tapi Alhamdulillah, masih ramai lg yang bg sokongan dan semangat untuk aku teruskan berusaha. ramai yang suruh tenang dan persetankan apa orang yg busuk hati nak cakap. masih ada ramai lagi orang yang mengalami masalah sama dengan aku, aku berdoa, agar semua dapat keluar dari kebuntuan yang ada. Kepada mak nenek sekalian, berhenti stalk aku. aku tak suka.hi3. sorry kepada member2 yang aku privatekan wall korang dari aku. sebab, aku tak suka tgk orang menyusu anak pon nak crita dlm Fb. Aku nekad, jika ditakdirkan aku mempunyai rezeki, aku takkan cerita apa-apa di FB. kesian suami aku, bila bahagia rumahtangga dihebohkan seluruh dunia.
Salam sayang dari bakal ibu "In Shaa Allah"
Yang Benar
Celoteh Si Mulut Murai
Monday, December 1, 2014
Tuesday, September 2, 2014
Sekitar Majlis Akad Nikah
Assalamualaikum,
Alhamdulillah genab 88hari usia perkahwinan aku. alamak weh.. macam good2 je. Poyo macam 88thn kahwin. Hi3. Tapi memang aku maksudkannya. Aku bersyukur sangat kehadrat ilahi, dengan limpah kurnia rahmatnya, aku dan suami akhirnya disatukan dengan ikatan yang sah.
Majlis berlangsung di teratak keluarga aku di Desa Pinggiran Putra jam 5petang. Suasana masa tu sangatlah meriah dengan kehadiran keluarga aku dan mertua, jiran tetangga, dan sahabat handai. Alhamdulillah sebab ramai jugak member-member yg datang untuk menyaksikan saat aku diijabkabulkan.
Masih segar lagi dalam ingatan aku saat-saat suami aku melapaskan dengan sekali akad sah la aku sebagai isterinya. TQ so much to NOOR AZURALIANA AZIZAN dan adik-adiknya sbb banyak sangat tolong uruskan majlis aku. tq yer sepupu. TQ jugak NADIRAH ZULKIFLI sbb sudi jd pengapit terjun aku. Aku mmg berhajat nak mak aku ada skali masa aku nikah, alhamdulillah dia nak ikut.
Ni la mini pelamin aku dihiasi dengan fresh flower. Made by WEDDINGS GALORE WEDDING PALNNER(Bangi). Aku ulang semula yer WEDDINGS GALORE WEDDING PLANNER(Bangi). Buat masa ni aku mmg berterima kasih kat mereka-mereka yg bagi kerjasama kat aku. Alhamdulillah takde kes songlap duit aku ke, dapat duit lari ke semua ok:
Sebahagian dari keluarga suami yang hadir:
Sebahagian dari keluarga aku yang hadir & menolong setiap inci keperluan majlis:
Antara sahabat yang datang menemani dan menyaksikan majlis akad nikah kami:
Suasana ambang nikah sekitar majlis aku :
Suami aku seronak la time ni. Boleh lagi nak senyum2. hi3
Masa ni tersangat la seksa. Mana taknya, tak boleh senyum over, tak boleh cakap sgt, tak boleh jalan besar-besar semua tak boleh la..kne la aku kepit-kepit.
Dengan sekali lafaz sahaja, aku sah menjadi isteri En Khairul Amrul Hasnol
Mulai dari saat ni, syuga aku adalah perintah suamiku yang berlandaskan seruan Allah yang 1.
Maka kami adalah yang halal dan sedang menjalani kehidup suai kenal.
"sedangkan lidah boleh tergigit ini lagikan pula suami isteri"
"Perempuan itu ibarat pakaian buat suami, menghangatkan ketika musim hujan dan meneduhkan di kala kemarau"
Saturday, August 23, 2014
Kisah Kau dan Aku ☺
Tahun 2003 aku adalah seorang student Sek. Men. Agama Johor. Di sebabkan aku blajar main-main, keputusan PMR aku teruk, parents ak terus bawa aku duduk dgn dorang di Putrajaya. Wow. Meraung-raung aku macam orang gila. Mana tak nya, kawan-kawan aku semua kat Johor kotttt...
Itulah namanya semua yang Allah taala tetapkan tu berhikmah, bersebab dan jangan la di tanya mengapa dan kenapa.
Nak dijadikan cerita, tahun 2006 aku dipindahkan ke Sek. Men. Keb. Putrajaya Presint16 putrajaya. Aku imagine kan betapa nerd nya budak2 kat sini. Aku pon satu boleh dengan selamba badaknya datang register pukul 9pg. Kak oiiii. Kau tj dah la budak baru. Sekolah kan masuk pukul 8pg. Hi3. Tak pasal-pasal aku jadi tarikan students lain. Sebab masuk lewat, lps tu aku budak baru kan.
Masa tu la detik pertemuan aku dan suami aku. Pada mulanya aku tak boleh terima cara hidup kat sini. Sebab kat sekolah lama aku student perempuan dengan lelaki tak boleh berborak tak boleh duduk sama-sama tak boleh buat apa pon dengan student yang berlainan jantina. Adoyaiiii. Macamne nak hidup ni. Aku pon duduk la dengan termalu-malunya.
Seminggu awal sebelum tentukan kelas mana, kitorang ada sesi suai kenal. So semua student f4 masa tu duduk sekelas. Yang penting, masa tu husband aku la yang hot yang hensem yang macho semua ada laa. Tapi aku tak suka. Sebab dia nampak over POYO.... (habisla aku kalau suami aku baca ni. sorry la sayang. Jangan marah ek :) )
Dari situ lah, detik pertemuan kami dan kapel selepas 2 minggu berkenalan. Lps 2minggu kapel kitorang pon break up.. hahahahaaa.. nak tahu knp? Sbb dia da masuk teknik lps tu jauh, tak boleh jumpa and bosan. Kesimpulannya jangan bercinta masa sekolah. Berkawan boleh. Hi3
Nostalgia kenangan terindah.
Dia yang berada di belakangku semasa sekolah kini sentiasa berada denganku sehingga syurga. In sha Allah.
Dia yang berada di belakangku semasa sekolah kini sentiasa berada denganku sehingga syurga. In sha Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)