Saturday, August 23, 2014

Kisah Kau dan Aku ☺

Tahun 2003 aku adalah seorang student Sek. Men. Agama Johor. Di sebabkan aku blajar main-main, keputusan PMR aku teruk, parents ak terus bawa aku duduk dgn dorang di Putrajaya. Wow. Meraung-raung aku macam orang gila. Mana tak nya, kawan-kawan aku semua kat Johor kotttt...

Itulah namanya semua yang Allah taala tetapkan tu berhikmah, bersebab dan jangan la di tanya mengapa dan kenapa. 

Nak dijadikan cerita, tahun  2006 aku dipindahkan ke Sek. Men. Keb. Putrajaya Presint16 putrajaya. Aku imagine kan betapa nerd nya budak2 kat sini. Aku pon satu boleh dengan selamba badaknya datang register pukul 9pg. Kak oiiii. Kau tj dah la budak baru. Sekolah kan masuk pukul 8pg. Hi3. Tak pasal-pasal aku jadi tarikan students lain. Sebab masuk lewat, lps tu aku budak baru kan. 

Masa tu la detik pertemuan  aku dan suami aku. Pada mulanya aku tak boleh terima cara hidup kat sini. Sebab kat sekolah lama aku student perempuan dengan lelaki tak boleh berborak tak boleh duduk sama-sama tak boleh buat apa pon dengan student yang berlainan jantina. Adoyaiiii. Macamne nak hidup ni. Aku pon duduk la dengan termalu-malunya.

Seminggu awal sebelum tentukan kelas mana, kitorang ada sesi suai kenal. So semua student f4 masa tu duduk sekelas. Yang penting, masa tu husband aku la yang hot yang hensem yang macho semua ada laa. Tapi aku tak suka. Sebab dia nampak over POYO.... (habisla aku kalau suami aku baca ni. sorry la sayang. Jangan marah ek :) )

Dari situ lah, detik pertemuan kami dan kapel selepas 2 minggu berkenalan. Lps 2minggu kapel kitorang pon break up.. hahahahaaa.. nak tahu knp? Sbb dia da masuk teknik lps tu jauh, tak boleh jumpa and bosan. Kesimpulannya jangan bercinta masa sekolah. Berkawan boleh. Hi3



Nostalgia kenangan terindah.
Dia yang berada di belakangku semasa sekolah kini sentiasa berada denganku sehingga syurga. In sha Allah.

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com