Monday, December 1, 2014

Soalan Wajib Selepas Berkahwin

Assalamualaikum semua.

Yer?? Mungkin ramai kakak-kakak, adik-adik semua yang baru lepas berkahwin akan mengalami masalah sama dengan aku. "dah ada baby ke belum??" "bila nak ada baby??" tu baru soalan. kene pulak mak nenek yang bg statement "Yang saing-saing kau semua dah mengandung, kau je yang belum ada isi" ok fullstop. ada yang bg idea "kau pergilah berubat kat situ sini bla bla bla..."

Inilah serba sedikit soalan & statement yang org akan keluarkan bermula dari seminggu pernikahan kita. kelakar kan?? baru seminggu org dah tanya pasal "baby". Jenis orang macam aku ni, cepat stress. bila org tanya pasal baby dah sedih. siapa yang taknak baby kan. semua org nak baby. kadang-kadang kuat, tapi kadang-kadang lemah bila orang asyik tanya sana sini.

Ikhtiar? macam-macam ikhtiar. keluar duit, msti la aku dgn suami yang tanggung perbelanjaan. so, apa yang orang lain nak sibuk. tak payah la nak sibuk tanya-tanya. kalau nampak perut aku memboyot, ada la tu. Masa ni lah, kita dengan suami nak holiday sana sini.

kadang-kadang terfikir jugak, sakit sangat ke hati "orang-orang" bila tgk kita takde baby ni. Tapi Alhamdulillah, masih ramai lg yang bg sokongan dan semangat untuk aku teruskan berusaha. ramai yang suruh tenang dan persetankan apa orang yg busuk hati nak cakap. masih ada ramai lagi orang yang mengalami masalah sama dengan aku, aku berdoa, agar semua dapat keluar dari kebuntuan yang ada. Kepada mak nenek sekalian, berhenti stalk aku. aku tak suka.hi3. sorry kepada member2 yang aku privatekan wall korang dari aku. sebab, aku tak suka tgk orang menyusu anak pon nak crita dlm Fb. Aku nekad, jika ditakdirkan aku mempunyai rezeki, aku takkan cerita apa-apa di FB. kesian suami aku, bila bahagia rumahtangga dihebohkan seluruh dunia.

Salam sayang dari bakal ibu "In Shaa Allah"

Yang Benar
Celoteh Si Mulut Murai

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com