Tapi semalam aku excited nak buat 3D di klinik An-Nisa. Tgk mmg cantik sangat gambar dia. Nampak jelas. Aku call dlu, then, set appointment. sebab aku nak tahu jugak, doc yang scan tu lelaki ke perempuan. Dia ada doc lelaki yang scan. Kalau tak silap ada hari & waktu kalau nak doc perempuan scan.Waktu yang dinantikan pon tiba. memang tak zabar nokkkk..
Berbalik kepada cerita utama. Masa sampai klinik takde org pon. so, aku daftar, nama terus kne panggil. Masuk ke bilik scan. Doc yang scan tu ok. baik je. mula2 scan 2d. nak tgk details saiz & berat baby. doc bagitahu saiz & berat normal (32w=1.6kg). Lepas tu baru la doc scan 3D/4D.
Seronoknya. memang jelas. tapi untuk keadaan aku ni ada masalah sikit. sebab kandungan aku da masuk 32w. muka baby da betul-betul dekat dinding rahim. Tapi doc ni ok. dia cuba & cuba untuk dapat kan angle yang terbaik.
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Jelas kan? Tapi kalau korang dtg scan, dlm usia kandungan 26w-30w mesti gambar lagi cantik. sebab baby Suri da besar dah ni. Lagipon muka dia dekat sangat dengan dinding rahim.
Masa doc scan gambar ni, doc ketawa tengok muka baby Suri. katanya "baby u tembam sangat tau. u tgk ni, dlm perut da nampak double chin. hi3" . Aku pon ketawa tengok. memang macam pau pipi baby Suri.
Tapi apa yang pasti muka baby Suri memang serupa dengan papa dia (maybe sebab aku selalu sakit hati dengan perangai papa dia sepanjang pregnant. annoying much) hahahhahah.. Gambar yang kedua tu, kalau nak tahu apa kat bawah dagu baby Suri, Tu lah kaki dia. Dia bersilat dalam perut mama dia. Perut aku ni da la kecik. kalau dia bersilat memang aku menangis. Rasa nak koyak perut tau. Tapi, aku tak pernah la nak rasa beban or tak suka. Tu semua nikmat.
Almost 1year aku tunggu zuriat ni. Walaupon morning sickness tu buat kau rasa tak selesa, malam tak boleh tido dengan nyenyak lagi-lagi bila kandungan dah besar(nanti sakit-sakit badan. Especially bahagian abdomen belakang), bila dia menendang boleh buat kau rasa macam nak termuntah. Tapi semua tu, aku memang akan ingat sampai bila-bila. Aku anggap tu semua kenangan terindah bagi seorang bakal ibu. Aku berharap jugak aku akan dapat merasanya lagi selepas ni. rezeki untuk anak kedua & seterusnya. aminnnnn...
Last skali aku nak share Video dari scan 4D semalam. Bukan main lagi dengan kaki kat dagu dia. hi3.
0 comments:
Post a Comment