Thursday, August 27, 2015

Persiapan Menyambut Orang Baru - Part 1 (Stroller, Baby Car Seat & Barang-barang Basic)

Alhamdulillah. Hari ni genab la 21w 3d usia kandungan aku. Memang aku tak publish sgt. terutama di FB dan IG. Buat masa ni aku blm pernah announce kan lg. Maybe org boleh tangkap hint-hint sebab member2 yang comment. kat gambar ke apa kan. "Baby Bump"?? Badan kita mmg la tak nampak. da 5bln, tapi mmg tak nampak. kalau jalan tu org tgk macam biasa je. kalau naik train, org msti tak kasi ddk. huhuuuu..

Dari kandungan 2bln lebih. Aku dan suami mmg da start survey2. ye la. nak susun bajet. anak 1st. mana kita tahu berapa RM yg kita nak pakai. Benda yang pertama aku dan suami cari stroller & carseat. Mmg dah survey lama. Suami berminat betul dengan carseat Recaro. Tapi dia punya stroller kat Malaysia ni tak bnyk. ada satu je. aku tak berminat. Recaro Stroller EasyLife. Mcmni

 Stroller Recaro EasyLife. Sorry la. tak berminat dgn design dia. Tapi mmg nampak kukuh.




Recaro hanya ada 1 je yg boleh pakai dr newborn. yang ni boleh pakai dari NewBorn sampai la 12thn. Tapi tgk jugak tinggi & besar budak tu mcmne. Dia punya Spec mmg yg terbaik dr semua brand baby carseat yg ada. (beli masa ekspo Moms & Baby. harga asal RM19xx . promotion RM15xx)

Untuk stroller aku dan suami minat sgt dengan Quinny Moodd Britto. Alahai idaman tu. Kitorg beli dengan trusted seller di IG. sbb cousin suami pnh beli stroller dgn carseat di IG ni. boleh tgk IG: STROLLERBABYMURAH.

Nama pon stroller baby murah kan. mmg murah. tapi Quinny Mood Britto takde masuk malaysia dah skrg ni. sedih kan. mmg idaman tu. haish. gigit jari je la. boleh pulak smalam jalan-jalan alamanda ada Parents muda ni dgn bangganya tolak si Britto ni. aku dgn suami panas je tgk. sbb kitorg tak dpt !!!!!


Quinny Moodd Britto idaman hati.

Takpe lah. asalkan dapat jugak nak beli Quinny Moodd. aku beli kat kakak IG: STROLLERBABYMURAH ni Quinny Moodd Black Irony je. Baru Booking. tak zabar nak g collect kat kakak tu. En suami pon dah sibuk tny bila brg nak dpt. Kata Seller tu In ShaAllah dlm nextweek brg dah boleh collect. Macamnilah rupanya.

Nampak macam susah nak jaga. sebabnya ada color putih. takut cepat kotor & senang nampak calar. Tapi memang dah berkenan dgn color ni. Pnh tgk kat Momours. mmg cantik.



So sekarang ni, tak sabar nak collect Stroller & carseat. Semoga semuanya dipermudahkan.

K bye. Next part kita sambung lagi !!

Aku, Ovarian Cyst dan Kehamilan

Ovarian cyst?? apa tu? bunyi macam seram je kan. Yes.. memang seram. Seram kalau tak tahu apa-apa pasal ovarian cyst ni. Saya adalah salah seorang pesakit ovarian cyst yg dah lama & tak hilang & sekarang ni tak tahu apa cerita dekat cyst tu. Lagi-lagi dengan keadaan saya yang tengah pregnant skrg.


Bila saya tahu ada Ovarian Cyst & apa tandanya?

Hokey, 1st saya nak pesan. ini pengalaman. saya bukan doktor bkn bidan. apa yg saya kongsikan ni adalah pengalaman saya. Macmne saya trace n apa yg saya buat. just nak share je. mana tahu ada info berguna.

Saya tahu saya ada cyst ni bertahun dari sebelum saya kahwin. saya berkahwin 06 Jun 2014. dalam tahun 2011 tu saya dah tahu yang saya ada cyst. masa tu scan sbb saya suspect appendiks. skali ada pulak "benda" bulat comel kat ovari. masa tu relax je. sbb baru 2cm mcm tu. tak mengganggu pon. saya pon macam tak tahu. boleh gelak2.

hari makin hari, satu per satu effect dia datang. dlu masa study biasa je period tak teratur ni. kdg2 sebulan tak period. kdg2 smpi 2x sebulan period. kuantiti & hari mmg banyak. biasa saya period mmg akan lebih dr 7hari. pernah lebih dr 14hari. waktu tu study lg. budak2 lg. so doc akan ckp hormon tak stabil. kita pon OK la. ye kan je. hi3.


~Pergi klinik Pakar Sakit Puan~
Saya start kerja tahun 2012. masa tu makin teruk. senggugut. mcm nak pengsan. sampai keluar daging berketul. bkn darah. tapi daging berketul dr Miss V . mahu tak cuak. masa tu terus ke pakar sakit puan di kajang. dia tanya period bila habis mcm2 la doc tny. then baring nak scan. skali baru je letak scan tu kat perut terus nampak benda besar n hitam. makin nak menangis masa tu. rupanya saya ada ovarian cyst yg dah besar. ovari belah kanan dlm 8cm-9cm. doc bg ubat nak kecut kan cyst tu (yg aku pasti tu sebenarnya ubat hormon. sbb saya period tak teratur)Doc bgtahu, if benda tu tak mengecil, kita akan buang dia.

~Berubat Kampung~
Hokey. tak kisah la nampak kolot sikit. kita hanya ikhtiar. Bila nak baik, kita jangan la mempersoalkan & memperlekehkan kaedah lain. better diam dr berkata-kata. Saya ada berubat kampung di Sungai Merab. just ikhtiar je. biasalah. org tu pon ckp, cyst ni takde apa2. kita hanya berdoa semoga dia tak mengganggu apa2. takde kene buat pulut kuning ke apa. just dia bagi air bacaan ayat alquran je. kita yakin & amalkan. berdoa dan bertawakal. Hanya Allah shj yg tahu betapa takutnya masa tu.

~Cari info di Google & cara untuk mengecutkannya~
Macam-macam yg saya dapat dr google. anataranya inalah spesis-spesis cyst ni. rupanya ramai adik beradik cyst ni. antaranya "Ovarian Cyst", "PCOS", "Endometriosis" dll.
Apa yang doc namak dr scan. saya adalah pesakit Ovarian Cyst. dengan keadaan dia di ovari da bulat besar. Boleh google untuk tahu spesis2 cyst yang lain.

Antara cara tradisional untuk mengecutkan cyst ni dengan banyak memakan sayur-sayuran hijau. peria adalah yg terbaik. ada org buat jus peria(baca dlm blog org lain). tapi saya cukuplah dengan makan peria(mintak mak masakkan peria.masak sedap-sedap. taknak rasa pahit dia)

Minum jus delima. yang ni tak dan la nak buat sndiri. beli je kat kedai-kedai pak arab.
untuk sakit dlm perut, baik juga amalkan makan buah "thin" bkn buat kurus ek. nama buah tu buah "thin". biasa jugak ada jual kat kedai pak arab.

Sebanrnya yg paling baik adalah sunnah pemakanan Rasulullah. makan habatussauda(masak nasi pon saya tabur habatussauda)cari vitamin "olive oil"dan makan kurma.

itu antara apa yg saya amalkan. disamping tu saya masih makan lg ubat yg klinik pakar bagi.

~Cyst mengecut tapi tak hilang~
Tahun berganti tahun. alhamdulillah. walau banyak dugaannya. cyst saya mengecut. tu satu perubahan yg baik unt saya. Apa yg saya fikirkan apa yg saya stresskan adalah keadaan saya jjika saya berkahwin. adakah saya boleh menimang cahaya mata?

Selepas saya berkahwin. saya sangat-sangat risau. akhirnya, apa yg saya risaukan itu mnjadi kenyataan. lagi-lagi bila sedara mara dan kawan-kawan yg berkahwin sama tahun, sama bulan bahkan kahwin lewat dr saya dah dapat berita gembira. saya hanya menanti dan datang pelbagai masalah. Ovarian cyst saya pon tak mnghilang. dan menambahkan rasa tak selesa dan sentiasa sakit perut mcm nak senggugut tu. Sentiasa period (kdg boleh jadi 3x period dlm sebulan)

~Jumpa Pakar & amalkan makan jamu~

Sebelum ni ramai doc Pakar O&G yg saya jmp. tapi saya syorkan seorang doc Pakar dr Klinik Pakar Sakit Puan Hospital AnNur (Doc Khamsiah). Dia yang memberi kaunseling kpd saya dan suruh saya belajar mengawal emosi. Sejak saya berjumpa dgn dia saya lebih tenang dan berfikiran positif.

Sebenarnya emosi kita memainkan peranan jugak. So, sesiapa yang ada Ovarian Cyst tlg kawal emosi anda. ia sangat2 memainkan peranan. bersabar & tenang.

Masa tu saya cuba untuk mengandung. mengandung adalah satu-satunya cara unt menghilangkan cyst. Macam-macam ikhtiar. Bln4/2015 saya ada amalkan makan jamu Bio Lady(ada mak long suami jual). bila saya makan benda-benda mcmni, biasanya saya niatkan bkn unt mengandung. saya niat nak sihat (nak cyst hilang,period teratur dan hilang rasa senggugut). alhamdulillah. dengan izin Allah, jamu tu ada menampakkan perubahan postif. saya dah tak kne period yg lama dan kurang rasa senggugut. Period delay 14hari. cek UPT -ve.(sedih. sbb tak pnh delay period smpi 14 hari). lps je cek UPT tu boleh pualak period. hish. buat haru betul. hi3.

masa bln 5/2015 tiba-tiba la menggedik nak try makan jamu zuriat zulaikha & yusof. Saya makan 1botol selepas period saya habis. mcm biasa saya niatkan unt saya sihat. sepatutnya kalau ikut "period tracker" hari ni hari ke3 saya period. malas nak cek upt nnt negetif. buat malu je dgn hubby. mcm bulan lepas, 5 UPT kit saya beli. semua negetif. menangis smpi tak nak pandang muka hubby. maluuu...

~Disah kan hamil~
Alhamdulillah. rupanya 3hari delay period tu mmg aku sebenarnya diberi nikmat untuk mengandung. saya buat UPT diam-diam je. tak nak bgtahu suami. masa beli jamu zulaikha & yusof tu mmg dpt free 2 UPT kit. Tapi mmg betul la org cakap. kita boleh rasa yg kita ni mengandung. hati berat mengatakan yg kita ni pregnant. tapi hati berbisik "takkan mungkinlah. aku sakit, mcmne aku nak ada anak". memang tiada yg mustahil bg Allah. terjadi maka terjadilah. Alhamdulillah. bangun pagi saya terus pergi toilet. diam-diam je. mata pon kuyu2 lg. masa buat tu. laju je 2line naik. menjerit, menangis terduduk saya dlm toilet. menggigil. terus kejut suami. suami tgh tido. dia terus duduk. smbil pandang saya. macam bingung pon ada jugak. dia suruh buat lg skali. naik lg 2 line.

Alhamdulillah. mmg takde perkataan lain yg saya sebut. waktu tu jugak, saya mendoakan semuanya selamat, dan saya mendoakan kawan-kawan saya yg masih blm ada zuriat akan dikurniakan zuriat jugak. aminnnn aminn aminnn

Wednesday, August 26, 2015

Update Cerita Kedai Kopi

Assalamualaikum.
Coretan hari ni takde la apa sangat. Rasanya, dah bersawang dah Blog ni. Kalau rumah la yang ditinggalkan ni, silap-silap dah ada penghuni lain menumpang. hi3

Untuk cerita hari ni takde apa. cuma hakak nak kembali bercoret kat blog ni. In shaAllah. jika semua dipermudahkan ada beberapa kisah yang hakak nak kongsikan bersama.

Sekian
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com