Tuesday, September 2, 2014

Sekitar Majlis Akad Nikah

Assalamualaikum,
Alhamdulillah genab 88hari usia perkahwinan aku. alamak weh.. macam good2 je. Poyo macam 88thn kahwin. Hi3. Tapi memang aku maksudkannya. Aku bersyukur sangat kehadrat ilahi, dengan limpah kurnia rahmatnya, aku dan suami akhirnya disatukan dengan ikatan yang sah.

Majlis berlangsung di teratak keluarga aku di Desa Pinggiran Putra jam 5petang. Suasana masa tu sangatlah meriah dengan kehadiran keluarga aku dan mertua,  jiran tetangga, dan sahabat handai. Alhamdulillah sebab ramai jugak member-member yg datang untuk menyaksikan saat aku diijabkabulkan. 

Masih segar lagi dalam ingatan aku saat-saat suami aku melapaskan dengan sekali akad sah la aku sebagai isterinya. TQ so much to NOOR AZURALIANA AZIZAN dan adik-adiknya sbb banyak sangat tolong uruskan majlis aku. tq yer sepupu. TQ jugak NADIRAH ZULKIFLI sbb sudi jd pengapit terjun aku. Aku mmg berhajat nak mak aku ada skali masa aku nikah, alhamdulillah dia nak ikut.

Ni la mini pelamin aku dihiasi dengan fresh flower. Made by WEDDINGS GALORE WEDDING PALNNER(Bangi). Aku ulang semula yer WEDDINGS GALORE WEDDING PLANNER(Bangi). Buat masa ni aku mmg berterima kasih kat mereka-mereka yg bagi kerjasama kat aku. Alhamdulillah takde kes songlap duit aku ke, dapat duit lari ke semua ok:


Sebahagian dari keluarga  suami yang hadir:




Sebahagian dari keluarga aku yang hadir & menolong setiap inci keperluan majlis:


Antara sahabat yang datang menemani dan menyaksikan majlis akad nikah kami:



Suasana ambang nikah sekitar majlis aku :

Suami aku seronak la time ni. Boleh lagi nak senyum2. hi3


Masa ni tersangat la seksa. Mana taknya, tak boleh senyum over, tak boleh cakap sgt, tak boleh jalan besar-besar semua tak boleh la..kne la aku kepit-kepit.





Dengan sekali lafaz sahaja, aku sah menjadi isteri En Khairul Amrul Hasnol


Mulai dari saat ni, syuga aku adalah perintah suamiku yang berlandaskan seruan Allah yang 1.






Maka kami adalah yang halal dan sedang menjalani kehidup suai kenal. 



"sedangkan lidah boleh tergigit ini lagikan pula suami isteri"

"Perempuan itu ibarat pakaian buat suami, menghangatkan ketika musim hujan dan meneduhkan di kala kemarau"
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com