Sunday, November 29, 2015

BERCUTI DI PD ~ BABYMOON

Assalamualaikum.

Hari ni tak boleh buat kerja rasanya. sebab teringat bestnya ber'Babymoon di Port Dickson Jumaat lepas (27/11/2015) - Ahad (29/11/2015). Bukanlah jauh sangat pon. tak mampu hakak nak jalan jauh-jauh lagi. Cukuplah pergi  ke PD je. Sekadar nak berduaan dengan suami tercinta sebelum menunggu kehadiran si kecil dalam perut ni. Kononnya la tu.

Hari Pertama 

kitorang check in di Langit Langi Hotel Port Dickson. Hotel nice. Bilik nice. Boleh jadi Hotel 3* pilihan jugak ni. Ada swimming pool. Tapi rasanya tak selesa la nak mandi kat situ sebabnya kecik je. untuk kanak-kanak ok la. Lokasi pon ok. Dekat nak ke bandar PD & dekat dengan pantai.

Aktiviti Hari pertama takde apa-apa. checkin pon dah petang. Ronda-ronda tengok tempat je. cari mana tempat menarik. lepas tu search tempat makan menarik kat PD ni. Kitorang jumpa COWBOY PLACE NASI AYAM KUKUS. Ayam dia terbaik. mmg sedap.

Mak buyong tak larat sangat sebenanrnya. So, balik hotel untuk siap-siap nak solat Maghrib. last-last tertidur. Konon malam 1st day tu nak jalan pasar malam. Suami cakap pasar malam dia besar. tak larat la hakak.

Hari Kedua

Berjalan di PD OSTRICH & PETS SHOW FARM. Untuk dewasa seorang masuk RM15. Konsep dekat sini lebih kurang macam FARM IN THE CITY di Seri Kembangan. Tapi kat sini tak banyak sangat la haiwan yang dia ada. Zoo yang bertemakan haiwan yang mesra tetamu (ceh begitu). hi3




Bukan main suka jumpa kambing. Hi3. Kambing kecil boleh lepas keluar pagar. Yang besar & ganas duduk dalam pagar je. 









Ada sekor ostrich yang dilepaskan. sebab yang ni paling baik. Katanya tak pernah buat hal. 


Ada lagi haiwan lain. Unta, donkey, arnab, ular, iguana, kuda padi & arnab, Dia ada jugak taman anjing. hi3. yang ni mmg tak la kitorang masuk. sebab anjing tu dilepaskan. hakak dengan suami intai2 je. memang anjing jenis yang comel2 kecik tu. boleh pegang (bg yang non muslim).

Pusing nak pergi rumah terbalik. Alahai. beratur orang nak masuk dalam tu. hakak sebenarnya tak pergi rumah terbalik ni pon takpe. sebab tak berapa minat. Jalan tengok-tengok amik gambar lepas tu keluar. So, hakak cakap dengan suami kita tak payah pergi, then cari tempat makan je. dah tengahari pon ni. baby suri da kicking mintak makan.hi3.

Sebenarnya tak tahu nak menghala ke mana. kitorang main jalan je. last2 jumpa signboard MEDAN IKAN BAKAR TELOK PASIR PANJANG. kitorang follow je signboard tu n berpandukan WAZE jugak la. jumpa pon. Tak banyak kedai makan. masa kitorang pergi, ada 3 kedai je yang bukak. tak sabar nak makan ikan bakar. Kenyang perut. mana taknya, makan bertambah nasi sampai 2pinggan. hi3.

Selesai makan. suami ajak jalan ke TELUK KEMANG. Katanya kita g tepi laut situ. ada makan-makna. cendol ke apa??

Ada 1 gerai Cendol besar dekat sini. memang tu je la kedai yang hakak nampak. hakak amik cendol aiskrim, lpstu suami amik cendol pulut. sedap wokkk. terbaik la. not to sweet. just nice. sedap. hi3

Hari Ketiga

Last day di PD.



Lepas checkout. duduk-duduk dlu amik gambar.
TQ suami tersayang. Tak sangka nak awak melayan saya sebelum saya melahirkan baby suri. Walaupon dekat dan hanya percutian biasa-biasa, tapi percutian ni sangat menggembirakan saya =)

Sebelum balik, jom kita pergi ke AIVE 3D ART GALLERY.














hokey babai. Doakan hakak dipermudahkan semuanya. lps ni no more jalan-jalan luar negeri. hi3

0 comments:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com