Wednesday, December 30, 2015

Menunggu Detik Bahagia

Assalamualaikum.

Hari ni 30/12/2015. Laa baby.. baby nak keluar tahun depan ke?? Diam tak diam, tinggal 6hari lagi due date aku. Macam-macam rasa. ada yang due date sama dengan aku dah selamat melahirkan. Takde apa yang aku mintak. Aku berdoa supaya baby sihat n aku selamat melahirkan.

Perasaan tu aku memang akui. 1st baby kan. tak tahu nak gambarkan. bila dah start rasa sakit tu. tgk perut pon dah kebawah, rasa takut mula menghantui diri. Berharap semoga dipermudahkan.

Tak sabar nak peluk n cium si kekasih hati. yang sentiasa menemani mama dia dlm perut. kalau mama dia ada masalah, sedih ke menangis, ketawa, gembira, dia lah yang paham. kadang2 merajuk sampai menangis. hahahahhaa.

aku pasti akan merindui saat2 dari awal aku ketahui tentang kandungan ku sehinggalah lahirnya kesayangan ku.

jeng jeng jeng. In ShaAllah. akhir tahun ke awal tahun bukan masalah bagi aku. yang penting baby sihat & semua dipermudahkan.

Aminn Ya Rabbal 'Alamin..

Sunday, November 29, 2015

BERCUTI DI PD ~ BABYMOON

Assalamualaikum.

Hari ni tak boleh buat kerja rasanya. sebab teringat bestnya ber'Babymoon di Port Dickson Jumaat lepas (27/11/2015) - Ahad (29/11/2015). Bukanlah jauh sangat pon. tak mampu hakak nak jalan jauh-jauh lagi. Cukuplah pergi  ke PD je. Sekadar nak berduaan dengan suami tercinta sebelum menunggu kehadiran si kecil dalam perut ni. Kononnya la tu.

Hari Pertama 

kitorang check in di Langit Langi Hotel Port Dickson. Hotel nice. Bilik nice. Boleh jadi Hotel 3* pilihan jugak ni. Ada swimming pool. Tapi rasanya tak selesa la nak mandi kat situ sebabnya kecik je. untuk kanak-kanak ok la. Lokasi pon ok. Dekat nak ke bandar PD & dekat dengan pantai.

Aktiviti Hari pertama takde apa-apa. checkin pon dah petang. Ronda-ronda tengok tempat je. cari mana tempat menarik. lepas tu search tempat makan menarik kat PD ni. Kitorang jumpa COWBOY PLACE NASI AYAM KUKUS. Ayam dia terbaik. mmg sedap.

Mak buyong tak larat sangat sebenanrnya. So, balik hotel untuk siap-siap nak solat Maghrib. last-last tertidur. Konon malam 1st day tu nak jalan pasar malam. Suami cakap pasar malam dia besar. tak larat la hakak.

Hari Kedua

Berjalan di PD OSTRICH & PETS SHOW FARM. Untuk dewasa seorang masuk RM15. Konsep dekat sini lebih kurang macam FARM IN THE CITY di Seri Kembangan. Tapi kat sini tak banyak sangat la haiwan yang dia ada. Zoo yang bertemakan haiwan yang mesra tetamu (ceh begitu). hi3




Bukan main suka jumpa kambing. Hi3. Kambing kecil boleh lepas keluar pagar. Yang besar & ganas duduk dalam pagar je. 









Ada sekor ostrich yang dilepaskan. sebab yang ni paling baik. Katanya tak pernah buat hal. 


Ada lagi haiwan lain. Unta, donkey, arnab, ular, iguana, kuda padi & arnab, Dia ada jugak taman anjing. hi3. yang ni mmg tak la kitorang masuk. sebab anjing tu dilepaskan. hakak dengan suami intai2 je. memang anjing jenis yang comel2 kecik tu. boleh pegang (bg yang non muslim).

Pusing nak pergi rumah terbalik. Alahai. beratur orang nak masuk dalam tu. hakak sebenarnya tak pergi rumah terbalik ni pon takpe. sebab tak berapa minat. Jalan tengok-tengok amik gambar lepas tu keluar. So, hakak cakap dengan suami kita tak payah pergi, then cari tempat makan je. dah tengahari pon ni. baby suri da kicking mintak makan.hi3.

Sebenarnya tak tahu nak menghala ke mana. kitorang main jalan je. last2 jumpa signboard MEDAN IKAN BAKAR TELOK PASIR PANJANG. kitorang follow je signboard tu n berpandukan WAZE jugak la. jumpa pon. Tak banyak kedai makan. masa kitorang pergi, ada 3 kedai je yang bukak. tak sabar nak makan ikan bakar. Kenyang perut. mana taknya, makan bertambah nasi sampai 2pinggan. hi3.

Selesai makan. suami ajak jalan ke TELUK KEMANG. Katanya kita g tepi laut situ. ada makan-makna. cendol ke apa??

Ada 1 gerai Cendol besar dekat sini. memang tu je la kedai yang hakak nampak. hakak amik cendol aiskrim, lpstu suami amik cendol pulut. sedap wokkk. terbaik la. not to sweet. just nice. sedap. hi3

Hari Ketiga

Last day di PD.



Lepas checkout. duduk-duduk dlu amik gambar.
TQ suami tersayang. Tak sangka nak awak melayan saya sebelum saya melahirkan baby suri. Walaupon dekat dan hanya percutian biasa-biasa, tapi percutian ni sangat menggembirakan saya =)

Sebelum balik, jom kita pergi ke AIVE 3D ART GALLERY.














hokey babai. Doakan hakak dipermudahkan semuanya. lps ni no more jalan-jalan luar negeri. hi3

Friday, November 13, 2015

Penantian Menunggu Kelahiranmu ~ Part 1

Alhamdulillah. hari ni genablah 32w3d usia kandunganku. Diam tak diam sampai jugak ke usia melebihi 30w. Aku berdoa semoga semuanya selamat. Bayi yang ku kandung ini sihat bersamaku. Aku menggelar bayi dalam kandungan ini sebagai baby Suri. Semalam aku dan suami ke Klinik An-Nisa Bandar Putra Permai. Tak jadi masalah nak ke situ sebab dekat sangat dgn area ofis. pergi balik kerja memang akan lalu klinik ni. huhuuuu. baca review scan 3d/4d kat klinik ni cantik. Mesin yang digunakan agak canggih. So, aku dengan suami plan nak try kat situ pulak. Before ni masa 29w ada jugak buat scan 3d di klinik lain. mmg dah nampak dah muka baby Suri. Apa yang aku nampak, memang sebijik rupa papa dia. ngeeee..

Tapi semalam aku excited nak buat 3D di klinik An-Nisa. Tgk mmg cantik sangat gambar dia. Nampak jelas. Aku call dlu, then, set appointment. sebab aku nak tahu jugak, doc yang scan tu lelaki ke perempuan. Dia ada doc lelaki yang scan. Kalau tak silap ada hari & waktu kalau nak doc perempuan scan.Waktu yang dinantikan pon tiba. memang tak zabar nokkkk..

Berbalik kepada cerita utama. Masa sampai klinik takde org pon. so, aku daftar, nama terus kne panggil. Masuk ke bilik scan. Doc yang scan tu ok. baik je. mula2 scan 2d. nak tgk details saiz & berat baby. doc bagitahu saiz & berat normal (32w=1.6kg). Lepas tu baru la doc scan 3D/4D.

Seronoknya. memang jelas. tapi untuk keadaan aku ni ada masalah sikit. sebab kandungan aku da masuk 32w. muka baby da betul-betul dekat dinding rahim. Tapi doc ni ok. dia cuba & cuba untuk dapat kan angle yang terbaik.

 Gambar 1

 Gambar 2

Gambar 3

Jelas kan? Tapi kalau korang dtg scan, dlm usia kandungan 26w-30w mesti gambar lagi cantik. sebab baby Suri da besar dah ni. Lagipon muka dia dekat sangat dengan dinding rahim.

Masa doc scan gambar ni, doc ketawa tengok muka baby Suri. katanya "baby u tembam sangat tau. u tgk ni, dlm perut da nampak double chin. hi3" . Aku pon ketawa tengok. memang macam pau pipi baby Suri.

Tapi apa yang pasti muka baby Suri memang serupa dengan papa dia (maybe sebab aku selalu sakit hati dengan perangai papa dia sepanjang pregnant. annoying much) hahahhahah.. Gambar yang kedua tu, kalau nak tahu apa kat bawah dagu baby Suri, Tu lah kaki dia. Dia bersilat dalam perut mama dia. Perut aku ni da la kecik. kalau dia bersilat memang aku menangis. Rasa nak koyak perut tau. Tapi, aku tak pernah la nak rasa beban or tak suka. Tu semua nikmat. 

Almost 1year aku tunggu zuriat ni. Walaupon morning sickness tu buat kau rasa tak selesa, malam tak boleh tido dengan nyenyak lagi-lagi bila kandungan dah besar(nanti sakit-sakit badan. Especially bahagian abdomen belakang), bila dia menendang boleh buat kau rasa macam nak termuntah. Tapi semua tu, aku memang akan ingat sampai bila-bila. Aku anggap tu semua kenangan terindah bagi seorang bakal ibu. Aku berharap jugak aku akan dapat merasanya lagi selepas ni. rezeki untuk anak kedua & seterusnya. aminnnnn...

Last skali aku nak share Video dari scan 4D semalam. Bukan main lagi dengan kaki kat dagu dia. hi3.




 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com