Thursday, October 8, 2015

Persiapan Menyambut Orang Baru - Part 2

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. segala puji bg Allah. Hari ni kandungan dah masuk 27weeks. so tinggal dlm 12weeks lg sebelum baby deliver. Ya Allah semoga semua di permudahkan.

So, persiapan pon dah 70% siap. Dalam keadaan macam ni, macam-macam yg saya kurg nampak. Terutama mana barang yg penting dan mana barang yg tak penting. Kadang-kadang kita rasa barang tu perlu, tapi saya lebih suka baca review dr blog-blog or mana-mana sumber mcm FB untuk tahu brg tu perlu ke tak. So, saya amik langkah-langkah berjaga just beli barang-barang basic & mana-mana barang yg kita tahu. 

Rupanya susah jugak bila nak beli-beli barang ni. Lagi-lagi bila anak 1st. Nasib baik ada mak saya yg tlg suggestkan kene beli apa, baju yang mcmne dan brg2 baby mcm bedung, barut, mitten & booties dan macam-macam lagi.

Saya pon banyak beli barang masa ekspo. Grab peluang yang ada tu. kene gagah sikit lah. hi3. Ada orang cakap jgn beli barang awal-awal. Macam-macam sebab. rasanya ramai kot yg dah tahu apa sebabnya. Tu orang tua-tua la cakap. Saya bkn jenis yg suka nak perlekehkan apa yg orang tua cakap. kita dengar dan fikir apa sebenarnya maksud dan larangan mereka tu. Orang tua kan, lebih lama pengalaman mereka tu. Tapi saya hanya bertawakal dan mendoakan segalanya baik & selamat. Kita fikir yang positif dan selagi tak berlebih lebihan rasanya bagi saya tak menjadi masalah. 

Pengalaman saya sendiri, saya start beli barang masa kandungan dah nak masuk 5Bulan. Sebelum tu pon mmg dah ada booking apa yang penting bg saya cthnya stroller. Sebab saya dan suami kene susun budget tu beul-betul. saya mmg ada google list barang yang perlu. Tu pon hanya guide sahaja. ada yg tak berapa penting tu saya tak beli. Bila kandungan masuk je 5bulan saya dah start beli barang-barang besar. masa tu saya ingat lg saya pergi ke ekspo TCE di Shah alam. Dalam masa yg sama ekspo Moms & Baby pon ada buat di shah alam jugak. Hari jumaat, lps balik kerja, saya dan suami terus ke sana. Masuk jer entrance saya dengan suami macam ni "krik krik krik". hahahahaa.. sebabnya blur tak tahu nak buat apa. Ok tak tahu nak pusing mana. rasanya semua booth penuh. lps tu mcm tanya dengan suami," eh org beli tu, kita kene beli ke? org tu beli ni, kita kene beli jugak kew? ". seriously mmg trus tak tahu nak beli apa. Apa yang kitorang  buat lps tu, kitorang bersila kat tepi, then keluarkan pen & kertas. ok, list kan satu2 barang yg kita rasa kene beli dlu. takut beli kemudian duit tak cukup pulak.

See. nampak dah. mmg penting list tu. lps dah ada list tu, kitorang pusing ekspo tu unt survey & tick mana barang yang ada & mana barang yg kne beli tapi takde dlm list. masa jumaat tu ok la nokkk.. sebabnya tak ramai org sgt. masih boleh pegang-pegang & tengok-tengok lagi. tapi silapnya kitorang masa tu, kitorg just survey tapi tak beli. suami ckp beli hari ahad nnt. maklumlah, kami nak smbut 1st baby, so bengap-bengap la sikit. tak tahu macamne rupa sebenar bila ekspo baby ni.

Ahad kemudian,

Tadaaaaa... nak sangat pergi hari ahad. hamek kaw. dush2. org macam semut. tak boleh gerak. paling saya pantang bila pergi ekspo yg jalan sempit tu, ibarat kaki badak pon tak muat nak masuk boleh pulak parents bawak stroller. please la. paham la sikit keadaan mcmne. kalau jalan macam tu pon smpi stuck, takkan kau boleh nak bawak stroller lagi. masa saya pergi hari ahad tu, ada ibu mngandung ni tumbang. rasanya kuat jugak hentakan tu sbb org terlalu crowded. kesian. saya harap ibu dan anak tu selamat. 

Saya dan suami meneruskan misi yang ada. kitorg dah tahu mana kedai yang kitorang nak pergi. sbb kitorg dah survey mana yang tawarkan harga yg paling mencarut la. hahahahhaa. Antara barang 1st yang kitorg dah beli masa ekspo tu:

-Set Tilam. 

Memang semua tahu kan. tilam ni mmg sejuk. Saya harap baby ok nnt. harga masa ekspo ni murah sebab beli dr supplier terus (RM19x)



-Besin mandi 

Sorry gambar takde. sebab yang jual ni pon dia tak comersial kan  lagi produk dia. tapi mmg nampak ok. so, aku n suami pon beli (RM15x) Biasanya setiap kali ekspo dia mmg ada join. sape2 berminat cari je dia kat ekspo.Kalau korg tgk besin yang boleh lipat-lipat siap dgn tempat letak baby tu , tu la dia. hi3

-Botol susu new born

Saya minat dgn design botol Tomme Tippe. saja try je. tu pon tak beli yang starter set. sbb banyak & mahal sangat. Biasa baca dlm blog orang & saya ada tanya sendiri kat semua ibu-ibu, dorang ckp biasanya botol ni kne cuba. sbb takut baby tak suka. so, saya pon beli 2botol new born. Ala cumil-cumil. kecik je.. hi3 (RM2x) after less

-Car Seat

Yang ni dah pernah cerita sebelum ni. barang pon kitorg dah dapat. Kitorang kene collect sndiri di petaling. sebab dorg tak bawak bnyk masa ekspo. Recaro performance. suit from NB-12y (RM15xx)



+ free gift (Okiedog kids bag)
Yang lain-lain tu ada la saya beli barang-barang runcit macam ropers yang 5pcs RM20. Tapi masa yang 1st ni kitorang tak borong semua. sbb nak survey lg apa yang penting. 

hi3. k bye. Sambung next part pulak.


 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com