Friday, August 19, 2011

~Hukum Korek Hidung semasa Bulan Puasa~


bila terbaca tajuk ni, menarik laq minat aku..
aku pon sebenarnya ade pernah terdengar pasal hukum korek hidung nu dekat tV3..
ustaz tu mengatakan bahawa hukum korek hidung ni tak membatalkan puasa, sebabnya,
bila kita korek hidung, tak mendatangkan kekenyangan...




tapi, ni yang aku jmp dalam salah satu ayat artikel kat dalam internet:

Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum.

Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ juga tidak membatalkan puasa, tetapi janganlah berlebihan. Dalam hadis Laqit bin Shabirah:

Maksudnya: Berlebih-lebihlah dalam istinsyaq kecuali jika kamu berpuasa.
Direkod oleh Abu Daud (no: 142), Tirmizi (no: 788), Nasaie (no: 87) dan Ibn Majah (no: 407).

Wallahua'lam..

*teringat satu kisah..aku kasi tahu sama aku punya member(nur Hamizah selamat samsi) pasal hukum korek hidung ni..

Aku: miza, ko tahu tak korek hidung tak batal puasa??

Miza: memang la..orang pengotor je yang korek hidung batal puasa...

Aku: kenapa pulak!!??

Miza: ye la..lepas korek hidung, jari yang di gunakan tu, masok dalam mulut pulak..hahahaaha

Aku: !@#$#%$#$%

Saturday, August 6, 2011

~berbuka di segamat~



bila time bulan puasa ni,
diantara benda yang nikmat ialah dapt berbuka dengan pelbagai juadah..
bukannya apa, kita malaysia ni, masih lagi dilimpahi dengan pelbagai jenis makanan..
di samping tu, kena la ingat org yang tidak bernasib baik...
samada dalam malaysia ataupun saudara2 seislam di negara2 palestin, afghanistan, iraq, etc.
saja nak share cerita ni, aku berbuka puasa dengan housemates aku.
actually, aku tak tersenarai pon dalam list berbuka puasa bersama mereka..
sebabb, mereka nak berbuka bersama rakan2 malaysia...
bila aku dah buat muka seposen nak buka sama,
mereka pon mempelawa la minah ngokngek ni ikot skali...
hahahahaaaaa...
tak kisah la...asalkan aku dapt ikot diorang buka puasa..
klu tak, aku kene dduk rumah sorang2...=D

kami semua berbuka di "warung abe TOM YAM"
boleh tahan la masakannya...
juadah berbuka : ikan siakap 3 rasa + tom yam campur + kailan ikan masin + nasi putih.
ALHAMDULILLAH...

tak puas lagi melantak,
kitorang kempunan nak makan ais cream MC'D.
time kat warung ABE, aku tak sempat nak snap2..
so, lepaskan gian kat MC'D je...

amek Ko...
nyum3...

motif?? tak tahu la...

nampak dah kebulur!!

sbnrnya, dah ngantok giler dah ni

boleh tersama tema laq...

ala tomey2...smpai comot makan cekem tu kan...
ammy abdol & ija

AUcaKK!!

selamat meneruskan ibadah berpuasa..
Fighting!!!

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com